PENGENALAN
Di sekolah,makmal komputer adalah nadi dan agen kepada saluran teknologi,maklumat dan komunikasi. Seluruh warga sekolah perlu mengambil peluang untuk menggunakan segala kemudahan yang dapat diperolehi melalui makmal komputer. Keupayaan individu menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi dapat membantu mengharungi dunia IT dari masa ke semasa.
MATLAMAT UNIT ICT
Mewujudkan persekitaran teknolongi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan selaras dengan dasar ICT Kementerian Pendidikan Malaysia.
OBJEKTIF UNIT ICT
Meningkatkan pembangunan dan pengurusan infrastruktur ICT sekolah.
Mengaplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran .
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah melalui penggunaan ICT.
Mewujudkan suasana "Learning Organization" di sekolah melalui program-program ICT.
Memantapkan pentadbiran dan pengurusan yang cekap,sistematik dan berkesan di sekolah.
Mewujudkan sistem pembangunan sumber manusia di sekolah untuk menangani cabaran dan keperluan perkembangan ICT di sekolah.
VISI UNIT ICT
Membangunkan sistem pendidikan komputer yang berkualiti serta membudayakan inovasi ke arah kecemerlangan sains dan teknologi.
MISI UNIT ICT
Memberi keyakinan kepada warga sk kemasek menggunakan teknologi bagi meningkatkan pembelajaran dan mengembangkan potensi diri secara maksimum untuk menghadapi cabaran dimasa akan datang seterusnya melahirkan warga malaysia yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
MOTTO
"ICT Penjana Generasi Unggul"
LOGO UNIT ICT

